Saturday, January 16, 2010

Pengembaraan underground KLCC (End)

Sesudah selesai mengambil barang-barang tadi, tiga sekawan terus bergerak laju untuk pulang. Setiap rintangan yang dilalui terasa lebih mudah setelah jalan-jalan yang dilalui tadi kini dikenalpasti (Walaupun masih ada rintangan pintu berpas).

Tibalah mereka di tingkat atas. Dipulasnya Pak Alias tombol pintu tingkat 12 itu untuk masuk ke dalam ofis.

Pak Alias berhenti. Dia tengok Pak Bahar. Pak Bahar tengok Izzuan. Izzuan tengok Pak Alias. Pak Alias tengok Izzuan kembali. Kembali Izzuan melihat Pak Bahar. Pak Bahar menyambut penglihatan Izzuan dan melontarkan tendangan sudut ke mata Pak Alias.

Pak Alias sengih comel, di dahi mucul tiga garis hitam.

"BUKAKLA PINTU NI WOIIII!!!"

Ngauman tiga sekawan di sebalik pintu bilik lif kakitangan sokongan mungkin didengari dek orang-orang yang berada di dalam ofis. Dalam kurang daripada beberapa minit, suara-suara di sebalik pintu menjadi riuh-rendah. Sesekali terdengar bunyi 'Tettt~!!!' apabila ada insan-insan yang cuba membuka pas pintu, namun bunyi sekadar bunyi. Teruslah ketiga-tiga sekawan itu meraung di dalam.

"Mane pulak pergi bangla nih?!" Suara tak dikenali bersuara.

"Cik M cube~!" bunyi suara Kak Awa menyaran Senior Manager mencuba tag beliau.

Tettt~!!!

Sia-sia. Tidak ada hasil.

"Macam ni jom kite try Cik A~" terdengar pula suara yang tidak dikenalpasti di sebalik hiruk-pikuk di luar seraya disambut 'Ya~!', 'Betul~!' dan berbagai-bagai lagi dialog tanda positif.

Datang Cik A, sama saja usaha yang dilakukan, dan sama saja hasil yang diterima.

Orang di dalam bilik lif mungkin sudah pasrah, jam di tangan sudah menunjukkan pukul 4.30 petang, ada harapan mereka bermalam di situ. Mereka sudah keletihan, Izzuan di atas troli, Pak Alias turut serta. Pak Bahar pula sudah lama bersandar di railing penghadang paip air. Biarlah gamat di laur sana, selagi tiada penyelesaiannya tiadalah tanda-tanda mereka akan keluar dari bilik yang semakin panas dan berkuap ini.

Namun, tanpa disedari...

'Tetttt~!'

Pintu terbuka. Di sebalik pintu, berdiri En Harun dengan muka bangga. Kembang-kempis lubang hidungnya. Semua yang berada baik di dalam bilik mahupun di dalam terpegun seketika.

Dan sebelum siapa-siapa menyedari apa yang sedang berlaku, gemuruh tepuk tangan memenuhi ruang koridor ofis tingkat 12.

"Tahniah En harun~!!!"

"Boleh dapat 1 KPI nih!"

"Teruskan harapan tu. Now, semua balik ke tempat kerja masing-masing~"

Sebaik suara Cik A kedengaran, berpecahlah pekerja-pekerja tadi dengan serta-merta.

Cik Harun menjadi penyelamat tiga sekawan. Akhirnya tiga sekawan dapat balik ke ofis, akhirnya mereka dapat berehat di atas kerusi, akhirnya semua orang kembali ke tempat kerja masing-masing meneruskan aktiviti masing-masing.

Ruang ofis Bahagian Teknologi Perniagaan tidak habis-habis bercerita perihal pengembaraan bawah tanah yang dilalui Pak Bahar, Pak Alias dan Izzuan untuk hari-hari seterusnya. dan kini, mereka sudah tidak sabar-sabar menanti hari Spring Clean yang bakal menjengah tidak lama lagi.


-Tamat-

1 comment:

OoizzioO said...

lol
watpe ko wat kt bwh tanah tuh
motip sgt mengular ke apa
btw
siapa cik A